Pasangan pengantin Fasha Sandha dan Jejai yang baru pulang berbulan madu dari Pulau Redang sudah
disahkan telah hamil hampir 2 minggu. Pengurusnya Nik Yasmin
memberitahu media hiburan di twitter yang Fasha lewat datang bulan dan
telah membuat pemeriksaan di klinik dan mendapati dia hamil 2 minggu.
Wah!! ini dikatakan bunting pelamin, baru pulang berbulan madu terus dan dapat berita gembira ye. Tahniah buat Fasha dan Jejai.
kata pengurus Fasha,
“Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat,”
tak lama lagi Fasha akan bergelar ibu lah
Fasha Sandha berkongsi berita gembira di twitternya dengan rakan dan peminat, siap upload gambar pregnant test lagi.. dan fasha juga bersyukur kepada Allah kerana doa dia dan Jejai dimakbulkan pada kali pertama sembahyang berjemaah sebagai suami isteri…
Fasha twit,
”Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami ber2 dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin”
p/s: Tahniah Fasha & Jejai..
0 comments:
Post a Comment