Tuesday 11 September 2012

[Drama Melayu] Adam Hawa

Drama bersiri Adam & Hawa merupakan adaptasi novel popular karya penulis Aisya Sofea ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 malam setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134).

Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid.




Sinopsis Drama Adam dan Hawa

 Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Trailer Drama Adam Hawa


p/s: Admin akan post Video Stream & Link untuk download drama ni..

0 comments:

Post a Comment